Ayahku seorang yang baik. Saya sentiasa menghormati ayah. Ayah saya kulitnya cerah dan sederhana tingginya. Dia suka berjenaka ketika kami bersamanya. Dia sering sahaja tersenyum dan peramah orangnya. Walaupun suaranya lembut apabila bercakap tetapi tegas.
Setiap hari selepas membaca suratkhabar dan bersarapan, ayah akan keluar bekerja. Ayah bertugas sebagai seorang kontractor.
Ayah biasanya pulang dari kerja pada jam 7 petang. Walaupun letih, wajahnya sentiasa kelihatan riang lebih-lebih lagi jika saya dan abang menyambutnya pulang. Ayah sangat mengambil berat terhadap pelajaran kami adik-beradik.
Apabila ada hari cuti atau pada hujung minggu, ayah suka membawa keluarganya pergi bersiar-siar dan makan di luar. Walaupun berlembut dengan saya, ayah sangat tegas orangnya. Pernah pada suatu ketika, saya tidak berani keluar dari bilik setelah dimarahi ayah. Saya bersalah kerana mengabaikan suruhan ibu. Hati saya berasa takut sekali melihat ayah. Saya bertekad tidak mahu mengulangi kesalahan itu.
Saya sangat menyayang ayah dan sentiasa menghormatinya. Jasa ayah terhadap saya tidak terkira besarnya. Saya dan adik-adik dijaga dengan kasih sayang. Sangat besar pengorban ayah terhadap saya serta adik-adik.
Saya banyak berhutang budi kepada ayah. Apabila saya dewasa ayah sudah tua, saya mahu membela nasib ayah, tetapi saya tiada peluang sebab ayah telah meninggal dunia sepuluh tahun yang sudah lalu.
Walaupun ayah tiada lagi, dia sering hidup dalam hati saya.
cerah - clear, fine
sederhana - normal
berjenaka - joke
sahaja - simple, just, only
tersenyum - smile
peramah - friendly person
bersarapan - having breakfast
biasa - normally
letih - tired
riang - energetic
menyambut - welcome
mengambil berat - take seriously
terhadap - towards
mengabaikan - careless (disobey)
suruhan - instruction
bertekad - willing / 'wanting'
jasa - deed
budi - kindness
sekeliling - around
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment